01 / Meet the need
Care begins with the essentials.
Food, supplies, treatment, and attention are the building blocks behind every safer day. Use this space to explain the project in plain language.
“Puan, dengan sedih saya beritahu… puan hanya ada dua bulan sahaja lagi.”
Ayat yang menyentuh hati ini mengingatkan kita bahawa hidup di dunia sangat singkat, tetapi amal jariah yang kita tinggalkan akan terus hidup,
menjadi cahaya yang menyinari perjalanan kita di alam Barzakh dan Akhirat.
Pondok Tahfiz Tarbiah Al-Ummah kini berusaha membina sebuah pusat pendidikan dan penjagaan untuk warga emas — tempat mereka belajar Al-Quran, meningkatkan rohani, dan menghabiskan usia mereka dengan penuh ketenangan.
Namun, projek ini terhenti kerana fasa pertama pembinaan — iaitu Dewan Solat Utama bernilai hampir RM600,000 — masih belum siap.
Selagi dewan solat belum siap,
✔ warga emas tidak dapat masuk
✔ kelas-kelas tidak dapat bermula
✔ seluruh kompleks tidak dapat beroperasi
Mereka sedang menunggu kita.
Menunggu anda.
Menunggu sesiapa yang ingin menjadi asbab kebaikan yang besar.
Dewan Solat Utama adalah nadi utama kompleks ini.
Ia bukan sekadar bangunan —
ia adalah tempat sujud, tempat ilmu, dan tempat kembalinya hati kepada Allah.
Tetapi kekurangan dana menyebabkan pembinaannya tertangguh.
Setiap hari yang berlalu,
ada warga emas yang bertanya bila mereka boleh belajar,
bila mereka boleh kembali kepada Al-Quran,
bila mereka boleh merasa tenang dalam rumah Allah.
Jawapannya bergantung kepada kita.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sedekah kepada orang miskin akan menjadi pelindung daripada panasnya azab kubur, dan harta orang miskin akan kembali kepada mereka melalui sedekah tersebut.” (Riwayat Ahmad)
Sedekah bukan tentang jumlah,
tetapi tentang keikhlasan.
Setiap ringgit yang kita keluarkan di jalan Allah:
✨ tidak hilang
✨ tidak sia-sia
✨ tercatat sebagai amal jariah yang abadi
Dan kelak, ia akan menjadi saksi yang membela kita di hadapan Allah.
Kami juga sedang mengumpul dana untuk pembinaan bangunan pengajian di
Ma’had Adda’wah Al-Islamiyyah, Kedah.
Di sinilah ratusan anak-anak:
✔ menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran
✔ belajar ilmu syariah
✔ dibentuk menjadi generasi pewaris agama
Membantu mereka bukan sekadar membantu sebuah sekolah —
ia adalah pelaburan akhirat yang menumbuhkan pahala tanpa henti.
Cahaya hafazan mereka,
ilmu mereka,
doa mereka —
semuanya berpulang kembali kepada anda.
✔ Projek boleh disambung segera
✔ Lebih cepat siap, lebih cepat warga emas dapat manfaat
✔ Lebih cepat kelas Al-Quran dimulakan
✔ Lebih besar pahala jika dilakukan pada waktu penuh keberkatan
✔ Sedekah hari ini mungkin menjadi penyelamat kita pada hari tiada siapa dapat menolong
Jangan tunda kebaikan yang boleh dilakukan hari ini.
Semoga sedekah anda menjadi:
✨ pelindung di kubur
✨ penenang hati
✨ cahaya di akhirat
✨ dan penghapus dosa
Semoga setiap huruf Al-Quran yang dibaca oleh warga emas dan pelajar di sini
menjadi pahala yang terus mengalir kepada anda.
Ameen, ya Rabbal ‘alamin.

The project behind your gift
Start with the need, make the work easy to understand, and show how a donation helps create a safer next step.
01 / Meet the need
Food, supplies, treatment, and attention are the building blocks behind every safer day. Use this space to explain the project in plain language.
02 / Keep the work moving
When support is steady, the team can focus on care and follow-through instead of only reacting to the next emergency.
A smaller way to help
A smaller gift can still help move this project forward.